Thursday, March 01, 2012

i want to sleep, but i just cant

you-dont-compare.tumblr.com
Insomnia? Imsomnia? Imsommia? Tak pasti yang mana satu. Kejadian tak dapat tidur pada waktu malam. Orang lain dah lalok bagai zombie tapi golongan² tak dapat tidur malam ni masih cergas dan cerdas umpama baru lepas minum melo es. Adakah ini satu wabak yang membahayakan? Itu yang menjadi persoalan.

Ada juga yang tak dapat tidur dengan pilihan. Makna kata sebenarnya dia boleh saja nak tidur..tapi dia memilih untuk berjaga sepanjang malam. Kerana bagi sesetengah orang waktu malam ketika orang sedang nyenyak dibuai mimpi adalah waktu yang paling aman dan menenangkan. Tiada gangguan. Even kucing dan ayam di dalam reban pun tidur. Boleh dikatakan 90% ketenangan boleh diperolehi pada waktu itu. Mungkin juga ada ayam yang stay up tak tidur untuk mencari ketenangan. Rungsing kerana ada franchise KFC baru buka dekat kawasan tersebut. Itu cerita lain.

But you know what.. For some people.. that's all bullshit. Main internet, marathon movie dan series..sebab tu tak tidur.


Boldly said.
Tak dapat tidur dengan tiada pilihan? Melambak. Famous di kalangan mahasiswa. Nak sangat tidur. Tapi tak boleh dek dihantui oleh assignment yang bergunung-ganang. Walhal copy assignment member..cuma dek terlampau banyak.. copy assignment pun menidakkan manusia untuk tidur. Bayangkanlah kalau buat sendiri assignment² tersebut.. rasa²nya hidup di university dan kolej memang tidak kenal tidur malam gamaknya.

Namun, semua itu tak berlaku kepada pelajar² cemerlang yang menjadi 'source' assignment untuk di copy lah. Kalau source juga baru nak gelabah bewak buat assignment yang dateline esok pagi.. maka itu bermakna kiamat bagi peminjam² assignment tegar seperti kami. Tak mengapa.. buat lah dulu.. Siap kang roger. Main internet dahulu. Habitat. Eh. Tabiat.

Dek kerana terlalu terikut dengan jadual tidur tidak menentu sebegini.. sekejap tidur malam sekejap tidur siang sekejap tidur lepas subuh sekejap tidur² ayam sekejap tak tidur langsung.. maka jam biologi bagi sesetengah mereka yang kurang daya kekuatan antibodi akan menjadi kucar-kacir. Sampai ke tahap keliru waktu mana sepatutnya tidur. Umpama keliru dengan cerita Vanilla Cokelat dan Dingin Lavenda. Atas Nama Cinta dan Di Bawah Ketiak Isteri.

Ada yang cuba sedaya-upaya untuk kembali ke pangkal jalan. Yakni tidur waktu malam selewatnya pukul 12am ataupun 1am. Bangun subuh dan bersenam ringan serta menjalani kehidupan siang yang normal. Normal. Pergi ke kelas atau bekerja dengan mata yang cerah dan segar. Bukan lebam bak kena tumbuk dengan bini. Namun usaha² mereka sukar untuk berjaya dan kadang² mengambil sedikit masa. Dalam tempoh masa proses pembaikpulihan jam tidur ini.. merupakan tempoh yang paling sukar bagi mereka.. maka sokongan dari keluarga dan sahabat handai amatlah diperlukan. Sayangi rakan² anda.

p/s | Memang perlu hargai masa tidur. Bukan senang nak dapat tidur. Lebih baik kita bersyukur kerana dapat tidur.. sebelum kita tidur tak bangun² dah. Insaf 5 minit. Perlu berubah. Owhh.. (=.=')


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...