Wednesday, February 29, 2012

bagai pertama kali melihat anak kunci solex

tak ke petak bentuk kunci tuu.. canggih wa cakap luuu
Itu adalah pepatah..ya..pepatah..seangkatan dengan bagai kera termakan cili ataupun bagai beruk bermain bunga..semua itu pepatah..kenapa? tak percaya? sila rujuk balik buku² peribahasa sekolah rendah anda..pasti ada kalau tak banyak pun sipi² lah..

Zaman kanak² aku adalah di sebuah kampung..agak pedalaman..tapi tak adalah sampai nak kena naik rakit untuk ke kampung aku..shopping complex terdekat yang ada pada masa itu adalah dengan jarak 2 jam perjalanan ke bandar berdekatan.. Paling canggih yang ada dekat kampung aku masa itu adalah kedai mini market yang bernama Era Wawasan.. Canggih habes.. Tiap2 hari lepak beli eskem padle pop.. Sebab dekat kedai runcit tepi rumah ada jual eskem asam home made tu aje..

Tahap exposure aku dengan dunia luar dan teknologi pada masa itu adalah seperti seorang makngot.. tau makngot tu apa? contohnya kalau diletakkan sebijik computer dekat depan aku pada masa itu aku akan seperti,

"What the hex is this?? Macam canggih je.."

"Kat mana suis nak bukak nih?? Bleh pasang kaset ak??"

Itulah makngot..buta segalanya tapi masih mahu mencuba..

Suatu hari aku telah diketemukan dengan satu objek yang sangat asing bagi aku dekat tepi jalan semasa dlm perjalanan pulang selepas membeli eskem..tak pernah jumpa tak pernah tengok seumur hidup..itulah anak kunci solex..  Dengan perasaan penuh ingin tahu aku amik kunci tu masuk dlm poket cepat² takut ada orang nampak..balik je rumah duduk dekat atas sorang²..

"Peliknya kunci ni!!! Kenapa kunci ni petak??????"

Penuh keliru dan tanda tanya.. Setelah dibandingkan dengan kunci almari yang biasa tu memang tak sama.. Maka mula lah otak aku membuat pelbagai spekulasi dan andaian..

"Ini adalah MASTER KEY?????? Adakah ini adalah master key yang dikatakan mampu membuka segala jenis pintu itu????"

Hati berbunga-bunga.. Senyumm tak sudah hari itu.. Seolah-olah dunia ini dalam genggaman.. bahahahahahaha (gelak sejahat mungkin sambil mencekak pinggang).. Kunci tu dijaga dengan penuh rapi dan menjadi rahsia aku yang paling penting masa itu..top secret abes.. Bermula pada hari itu jika aku bertemu dengan mana² pintu pasti aku akan cuba untuk buka menggunakan MASTER KEY aku itu..dari pintu rumah..pintu kedai ke pintu tandas awam..termasuk pintu kereta ayah aku semua aku cuba..

Tapi satu pun tak dapat buka. Kecewa. Namun tak berputus asa..Dalam hati aku asyik mengatakan bahawa aku masih belum jumpa rahsia penggunaan kunci tersebut.. Mesti terus berlatih.

Aku tak ingat bilakah aku tahu yang itu adalah anak kunci mangga solex.. Mungkin ketika abang aku bawak balik kunci yang sama ke rumah yang digunakan untuk lock rantai moto. Ahhh.. Nasib baik tak ingat.. Kalau tidak pasti aku akan dihantui oleh episod ke-bangang-an tersebut sampai ke hari ini.

p/s | Ada satu rahsia.. tak boleh bagi tahu orang lain.. Rahsia itu adalah masalah.. Tapi oleh sebab tak bagitahu itu dah buat orang lain drive the situation through weird path.. and keep doing that till now.. They're actually want to help out.. tapi oleh sebab mereka tak tahu masalah itu so mereka tak tahu yang apa yang mereka tolong itu tak dapat diguna buat masa sekarang.. Semoga dapat selesaikan masalah itu dengan segera dan keep up dengan mereka.. tanpa perlu bagitahu masalah tersebut..


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...