Sudah menonton Twilight yang baru? Breaking Dawn Part 1. Sangat menarik ceritanya. Imaginasi pengarang novel Twilight tersebut memang terbaik..tak pernah terfikir oleh pembaca dan penonton. Anak sappa la tu.
Kebiasaannya dalam cerita2 yang lain seperti Underworld, Angel, Vampire Diaries, Tolong Awek aku Pontianak (nak jugak masuk list) dan sebagainya seorang manusia itu akan bertukar menjadi Vampire setelah di 'create' oleh vampire yang lain dengan menggigit lehernya. Once the vampire venom meresap ke dalam tubuh maka bertukarlah menjadi vampire. Tapi dalam twilight yang baru ni mereka membawa sesuatu yang baru tentang cara yang lain seseorang itu bertukar menjadi vampire. Memang menarik.
 |
| Bella with her awesome new vamp red eyes. |
Tapi itu bukanlah apa yang ingin aku ceritakan pada kali ini. Aku bukan kaki preview sesebuah movie, kaki bangku mahupun kaki botol..haram minum alkohol. Jangan cuba.. . Cuma mengenai endingnya yang menarik perhatian aku. Cerita itu berakhir dengan satu scene di mana Bella Swan membuka mata vampirenya yang berwarna merah buat kali pertama. Sangat cool. Cool tahap aiskrim Mat Kool gitu. Lama tak makan. Perlu beli lepas ini.
Kalau kamu perasan banyak movie yang menggunakan teknik tersebut. Camera focus dekat mata then delay dalam 5 ke 6 saat mengikut keadaan atau situasi scene then tiba-tiba sahaja mata terbuka dgn cepat sambil diiringi dengan sound effect 'boom' yang membuatkan kita tersentak dan terus "
woooahhh". Aku suka scene macam ni. Simple tapi memberi kesan. Simple..bukan pimple.
 |
| Jake Sully opening his eyes for the first time after switching to a permanent Navi body. |
Avatar juga ada scene sebegini. Ending juga. Semasa Jake Sully menjalani upacara pertukaran roh daripada badan manusia ke badan puak Navi secara permanent di akhir cerita. Selepas upacara tersebut berjaya camera juga focus kepada mata avatarnya dan terbuka secara tiba-tiba. Pergh..Cool tak hengat. Aku menonton di pawagam cerita ini. 3D. Semasa scene mata tersebut, terbeliak biji mata Jake Sully seumpama nak terkeluar dari screen.
 |
| Walaupun tak focus dekat mata sepenuhnya, tapi still guna teknik yang sama. |
Begitu juga dengan The Matrix. Juga semasa ending. Scene mata favourite aku. All Time Eyes Scene. Begitulah nama award bagi scene ini kalau ada kategori bagi scene mata terbaik. Peminat The Matrix masakan tidak ingat scene di mana 'kesedaran' Neo mula bangkit selepas di tembak berkali-kali oleh Agent Smith. Selepas beberapa aksi cool menahan peluru dan menside-kick tanpa melihat (poyo sial tapi cool gile)..Neo melompat masuk ke dalam badan Agent Smith dan memusnahkan dia inside out. Scene seterusnya dapat kita lihat Neo sedang memejam mata dan tiba-tiba sahaja mencelik diiringi sound effect umpama robot trenformers memijak lantai. Terbaik dari ladang.
 |
| G-Dragon - Heartbreaker Music Video starting. |
Tak kurang juga dengan music video. Ada juga yang menggunakan scene seperti ini. Contohnya macam music video lagu Heartbreaker nyanyian GDragon. Cuma yang ini bukan ending tapi sebaliknya starting. Masih cool. Sebelah mata sahaja. Mungkin mahu membawa sedikit kelainan daripada scene yang sedia ada.
Walaubagaimanapun, ending seperti movie2 tersebut cuma sesuai bagi movie yang masih ada sequel pada masa akan datang. Sequel..bukan squirrel..itu spesies tupai. Contoh2 yang aku beri di atas semuanya ada sequel. Kiranya ending tersebut mahu membuatkan penonton lebih teruja dan tertanya-tanya tentang 'perubahan' yang berlaku kepada mereka. Barulah penonton akan tertunggu-tunggu sequel seterusnya. Tapi kalau tak ada sequel memang tergantung lah cerita tersebut. Penonton pun mula lah akan seperti "
What the hex??", "
What the fcuk??", ataupun "
What the...???", yang lagi takleh tahan
"Shait man!..This is bullshait!" Semuanya diungkapkan ala-ala mat saleh atau nigger marah. Cakap omputih pun tergagap-gagap ada hati nak mencarut macam omputih. Bahasa jiwa bangsa. Amalkan budaya hidup yang sihat.
p/s | Mula-mula mahu letak semua gambar2 mata di atas dalam format animated gif. Tapi nanti nampak scary pulak blog ini kerana terlalu banyak mata-mata aneh yang berkelip-kelip. Wuu..Takoot~